SHAH ALAM, 25 November 2019 – Bagi memastikan kesedaran berzakat dalam kalangan masyarakat, Lembaga Zakat Selangor (LZS) giat melaksanakan inisiatif dakwah melalui kempen Zakat@Family.

Kempen yang dilaksanakan ini bertujuan memupuk kesedaran kepada ketua keluarga, penjaga atau wali bagi memastikan tanggungjawab taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu di bawah tanggungan dan jagaan mereka  dilaksanakan dengan sebaiknya.

Selain itu, ia juga bagi memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan berzakat ke atas harta yang mereka miliki.

Sebarang pertanyaan hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343 atau layari portal rasmi LZS di www.zakatselangor.com.my.