SHAH ALAM, 11 Julai 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meningkatkan usaha dakwah melalui Kempen ‘8 to 8’ bagi menggalakkan masyarakat di Selangor mula dan menambah caruman bulanan zakat mengikut taksiran terkini melalui Skim Berkat (potongan zakat bulanan).
Dengan tema ‘ Berbahagia Dengan Memberi’ kempen ini diadakan dua fasa sepanjang 2018. Fasa pertama diadakan bermula 1 Mei hingga 31 Ogos,  bermatlamat mengajak masyarakat Islam yang belum mengeluarkan zakat untuk berzakat serendah RM8. Kempen ini akan diteruskan pada fasa kedua yang bermula pada 1 September hingga 31 Disember untuk menggalakkan pencarum zakat menambah jumlah caruman zakat bulanan.
Bagi mereka yang ingin menyertai kempen tersebut, hanya perlu melakukan dua langkah mudah iaitu mentaksir zakat melalui www.zakatselangor.com.my/calculator-zakat/ dan seterusnya mula atau tambah caruman zakat di https://espg.zakatselangor.com.my .  Para pengeluar zakat yang telah menunaikan zakat automatik layak untuk menyertai kempen ini dan hadiah menarik menanti pemenang bertuah.