SHAH ALAM–Sepanjang bulan Ramadan ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka 24 kaunter zakat di seluruh Selangor tujuh hari seminggu termasuk pada cuti umum. Waktu urusan kaunter pada hari bekerja bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum kaunter dibuka bermula pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Ini bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat harta dan zakat fitrah.

Bagi memudahkan orang ramai membayar zakat fitrah, seramai 2,575 orang penolong amil fitrah termasuk ketua penolong amil fitrah dilantik di seluruh Selangor.

Kaunter sementara juga dibuka di pusat-pusat membeli belah terpilih iaitu di Centrepoint, Klang; Mydin Plaza MPK Klang; Giant Sek. 13, Shah Alam; Kompleks PKNS, Shah Alam; Plaza Masalam, Shah Alam; Jaya Jusco, Bukit Raja, Klang; SACC Mall, Shah Alam dan Terminal LCCT, Sepang.