SHAH ALAM, 7 September 2015 – Berikut adalah maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan isu wang zakat Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Untuk makluman, DEIG tidak membuat sebarang pembayaran zakat dengan LZS dan hasil semakan mendapati tiada rekod berkenaan syarikat berkaitan kerajaan negeri itu dalam data LZS.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali berkata, memandangkan DEIG merupakan syarikat yang baru ditubuhkan, ia belum lagi memenuhi syarat untuk menunaikan zakat perniagaan di mana salah satu syarat zakat perniagaan adalah cukup haul.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru supaya masyarakat tidak mengaitkan LZS dengan kemelut DEIG kerana isu ini adalah di luar pengetahuan LZS.