notispengesahan

[spacer size=”30px”]

[divider mode=”bold” align=”left” width=”100%” text_align=”center”]   Soalan Lazim Pengesahan Slip Bayaran Zakat   [/divider]

[accordion open_multiple=”true”]

[spacer size=”30px”]

[accordion_pane heading=”1. Resit sebelum ini cantik, berwarna-warni dan nampak eksklusif, kenapa ditukar kepada yang ‘simple’?” default=”false”]

Walaupun Slip Pengesahan Bayaran ini berbentuk “simple”, tetapi ia mengandungi maklumat yang lengkap sebagai bukti pembayaran yang dikeluarkan oleh LZS. Pihak pembayar tidak perlu risau kerana semua perubahan yang terlibat tidak memberi sebarang kesan kepada kelayakan untuk mendapatkan rebat atau tolakan cukai.

[/accordion_pane]

[accordion_pane heading=”2. Kenapa LZS membuat perubahan ini?” default=”false”]

Untuk permulaan, LZS telah membuat perubahan bukan sahaja untuk memendekkan masa berurusan di kaunter atau masa bayaran zakat malahan ia juga akan menjimatkan penggunaan sumber di LZS ke arah kos yang lebih efektif.

[/accordion_pane]

[accordion_pane heading=”3. Apakah manfaat perubahan kepada saya sebagai pembayar zakat?” default=”false”]

Manfaat utama adalah memendekkan masa pemprosesan bukti pembayaran zakat di LZS dan bukan itu sahaja, pembayar akan mendapat manfaat yang lain iaitu menerima Penyata Tahunan yang lebih komprehensif.

[/accordion_pane]

[accordion_pane heading=”4. Apakah kandungan di Slip Pengesahan Bayaran itu??” default=”false”]

Slip Pengesahan Bayaran ini mengandungi maklumat pembayar dan transaksi bayaran yang telah dibuat kepada LZS yang mana maklumatnya sama seperti Resit Rasmi Bayaran Zakat terdahulu.

[/accordion_pane]

[accordion_pane heading=”5. Adakah perubahan Resit Rasmi kepada Slip Pengesahan Bayaran memberi kesan kepada tuntutan rebat atau tolakan cukai saya?” default=”false”]

Tidak, Slip Pengesahan Bayaran ini tetap boleh dijadikan rujukan untuk rebat atau tolakan cukai semasa pembayar mengisi Penyata Cukai. Kelayakan manfaat cukai samaada dalam bentuk resit lama atau Slip Pengesahan Bayaran ini, kedua-duanya tertakluk di bawah Seksyen 6A (3), Seksyen 44 (11 A), Seksyen 82 (1) (b), Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Ketetapan U

[/accordion_pane]

[accordion_pane heading=”6. Bila saya akan menerima Penyata Tahunan dari LZS? Apakah kandungan Penyata Tahunan tersebut?” default=”false”]

LZS akan mengeluarkan Penyata Tahunan pada bulan Mac pada tahun berikutnya. Semua transaksi dan kaedah bayaran yang telah dikeluarkan oleh pembayar sepanjang tahun tersebut (zakat dan selain zakat) akan tertera di Penyata Tahunan.

[/accordion_pane]

[accordion_pane heading=”7. Bagaimana jika Slip Pengesahan Bayaran saya terhilang?” default=”false”]

Anda tidak perlu risau, Penyata Maklumat Bayaran boleh diperolehi melalui e-ZakatOnline, atau e-mail terus ke callcentre@e-zakat.com.my.

Anda juga boleh hubungi Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353 atau melalui semua kaunter LZS yang berhampiran.

[/accordion_pane]

[accordion_pane heading=”8. Saya biasa membuat bayaran zakat melalui perbankan internet, adakah saya akan menerima Slip Pengesahan Bayaran?” default=”false”]

Pembayar biasanya dapat melihat dan mencetak “History Slip Payment” sendiri. Jika pembayar ingin mendapatkan Penyata Maklumat Bayaran, pembayar boleh perolehi melalui e-ZakatOnline, atau e-mail terus ke callcentre@e-zakat.com.my.

Anda juga boleh hubungi Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353 atau melalui semua kaunter LZS yang berhampiran.

[/accordion_pane]

[accordion_pane heading=”9. Saya seorang peniaga yang membayar zakat secara bulanan di kaunter LZS, saya rasa Slip Pengesahan Bayaran dan resit yang banyak helaian menyusahkan saya. Bagaimana LZS boleh membantu?” default=”false”]

Bagi pembayar zakat secara bulanan yang mungkin merasakan kerumitan untuk mengumpulkan banyak helaian Slip Pengesahan Bayaran LZS, anda juga boleh mendapatkan Penyata Maklumat Bayaran melalui e-ZakatOnline, atau e-mail terus ke callcentre@e-zakat.com.my.

Anda juga boleh hubungi Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353 atau melalui semua kaunter LZS yang berhampiran.

[/accordion_pane]

[/accordion]