Para pelanggan yang dihormati,

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan pendidikan untuk asnaf fakir dan miskin (berdaftar di LZS) bermula daripada peringkat pra-sekolah hingga menengah. Selain itu, bantuan pendidikan turut disalurkan kepada pelajar asnaf fakir dan miskin di institut pengajian tinggi (IPT).

Berdasarkan keadaan situasi ekonomi semasa dan penambahan jumlah fakir dan miskin, tumpuan bantuan LZS adalah kepada PEMBANGUNAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN berlandaskan Maqasid Syariah (daruriyyat, hajiyyat, tahsiniyyat).

Sehubungan itu, Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPAZS) merangkumi bantuan persekolahan dan IPT yang sebelum ini ditawarkan kepada BUKAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN (Fisabilillah) TIDAK LAGI DIBUKA bagi sesi 2019 ini.

Sebarang info terkini akan dipaparkan di medium rasmi Zakat

Terima Kasih.

Pengurusan Tertinggi,

Lembaga Zakat Selangor (LZS)