SHAH ALAM, 11 Jun 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menutup operasi bagi ibu pejabat dan 27 cawangan bermula pada pukul 2.00 petang 14 Jun 2018 (Khamis) sehingga 17 Jun 2018 (Ahad) sempena cuti Hari Raya.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh melakukan urusan pembayaran zakat melalui kemudahan pembayaran atas talian iaitu perbankan internet, ezakatpay dan mesin cashless di ibu pejabat LZS, cawangan Seksyen 14, Petaling Jaya, Bangi, Kajang dan Puchong.

LZS akan beroperasi seperti biasa pada 18 Mac 2018 (Isnin). Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.