Zakat Selangor Peduli

Utama Zakat Selangor Peduli

Syarat-syarat Permohonan

  1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    1. Beragama Islam
    2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
    3. Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
    4. Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
    5. Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

  2. Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
    1. Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
    2. Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
    3. Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
    4. Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

    SOALAN LAZIM

    1. Apakah Bantuan Zakat Selangor Peduli?

    Bantuan Zakat Selangor Peduli ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19. Bantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).

    Bantuan ini ditawarkan kepada individu B40 yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan yang memenuhi syarat dan kriteria yang tertentu. Ia BUKAN UNTUK ASNAF fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS. Permohonan bantuan ini dibuka secara rasminya bermula bulan Julai 2021.

    2. Bagaimanakah cara/kaedah untuk memohon bantuan?

    Permohonan bagi bantuan Zakat Selangor Peduli ini boleh diakses melalui pautan ini : Zakat Selangor Peduli

    ** Note : Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.

    3. Siapakah yang layak memohon bantuan ini?

    Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    1. Beragama Islam
    2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
    3. Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
    4. Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
    5. Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

    Individu yang terkesan akibat COVID-19 seperti berikut:
    1. Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
    2. Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
    3. Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
    4. Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
    5. Lain-lain

    4. Apakah dokumen lampiran yang diperlukan untuk permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli?

  3. Pemohon WAJIB menyertakan dokumen berikut bagi permohonan yang berkaitan. Kegagalan melengkapkan dokumen menyebabkan permohonan anda akan ditolak:
    1. Salinan I/C ketua keluarga dan pasangan
    2. Salinan I/C atau sijil kelahiran tanggungan
    3. Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
    4. Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja)
    5. Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan)
    6. Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan nombor akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon.
    7. Bil utiliti TNB / Air / IWK / Cukai dll (satu sahaja)
    8. Pengesahan status perkahwinan (dimuat naik dalam lain-lain dokumen dalam portal).
    9. Pengesahan / Memo status kesihatan pemohon/tanggungan daripada pakar atau doktor perubatan (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))
    10. Sebut harga / penggesahan kos rawatan daripada pakar, doktor perubatan, farmasi atau syarikat pembekal. (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))
    11. Dokumen berkaitan dengan hutang yang perlu dijelaskan dengan kadar segera. (sekiranya memilih pernyataan masalah (c))
  4. 5. Apakah dokumen yang perlu dilampirkan sekiranya saya tidak mempunyai surat pemberhentian kerja?

    Pemohon boleh mengisi Borang Akuan Hilang Pendapatan. Klik sini untuk muat turun : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN

    6. Kenapa saya perlu pilih pernyataan masalah yang dihadapi?

    Pihak LZS menyediakan tiga (3) pernyataan masalah yang dihadapi kerana:
    1. Untuk mengenalpasti masalah pemohon; dan
    2. Untuk mencadangkan jenis bantuan yang wajar disalurkan kepada pemohon – berdasarkan siasatan susulan daripada pihak LZS.

    Pemohon boleh membuat pilihan pernyataan masalah berkaitan diri dan keluarga. Manakala bagi pilihan pernyataan masalah (b) dan (c), pemohon dikehendaki memuatnaik dokumen sokongan yang berkaitan.
    Dokumen yang diperlukan adalah berdasarkan penyataan masalah yang dipilih. Setiap permasalahan memerlukan beberapa dokumen tambahan atau berbeza.

    7. Siapakah ketua keluarga?

    Ketua keluarga ialah Individu samada bapa / ibu / penjaga / ahli keluarga contoh seperti suami / isteri / penjaga / ahli keluarga yang bertanggungjawab menanggung sesebuah keluarga.

    8. Adakah asnaf fakir/miskin/muallaf semasa boleh mengisi portal asnafonline?

    Tidak boleh. Sekiranya mereka berdaftar sebagai asnaf fakir/miskin dan muallaf boleh merujuk terus dengan Penolong Amil Kariah atau Eksekutif Operasi Agihan Daerah di kawasan masing-masing.

    9. Bagaimana cara memohon Bantuan Keperluan Hidup untuk kali ke-2 dan kali ke-3?

    Untuk Bantuan Keperluan Hidup kali ke-2 dan ke-3, pemohon boleh melayari pautan ZAKAT SELANGOR PEDULI dan mengesahkan permasalahan mengikut pernyataan yang disediakan seperti berikut:
    1. Saya terputus bekalan makanan atau perbelanjaan harian ketika ini.
    2. Saya / Tanggungan saya menghidapi penyakit kronik serta memerlukan rawatan bualanan.
    3. Saya mempunyai tunggakan hutang yang memerlukan penyelesaian segera.
    Permohonan kali ke-2 hendaklah dibuat pada bulan berikutnya daripada tarikh kelulusan, begitu juga bagi permohonan kali ke-3.

    10. Berapa lama tempoh Bantuan Zakat Selangor Peduli ini dibuka untuk permohonan?

    Tempoh bantuan ini adalah 6 bulan bermula daripada tarikh kelulusan. Sepanjang tempoh 6 bulan, pemohon boleh memohon Bantuan Keperluan Hidup sebanyak 3 kali berdasarkan keterangan dalam Perkara 10.

    11. Selepas tempoh 6 bulan, bolehkah saya memperbaharui permohonan bantuan ini?

    Selepas tempoh 6 bulan, pemohon yang masih memerlukan bantuan boleh berhubung denga LZS untuk siasatan bancian bagi menentukan bantuan yang boleh ditawarkan kepadanya.

    12. Bagaimana kaedah penyaluran bantuan ini?

    Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT). Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:
    1. Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
    2. Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
    3. Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.

    13. Jika saya tiada akaun bank, bagaimanakah kaedah penyaluran bantuan?

    Melalui pindahan tunai ke akaun bank pasangan atau waris terdekat melalui surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon. Klik sini untuk muat turun : SURAT PERWAKILAN KUASA

    14. Adakah dokumen sokongan memerlukan pengesahan daripada ketua kampong / penghulu / pegawai kumpulan A?

    Tidak perlu kecuali untuk Surat Akuan Hilang Pendapatan.

    15. Adakah pihak ketiga (contoh: NGO, institusi, pusat jagaan dsb) boleh memohon bagi pihak lain?

    Tidak boleh. Permohonan ini hanya boleh dibuat oleh individu yang memenuhi syarat kelayakan dan kriteria Zakat Selangor Peduli sahaja. Walau bagaimanapun, pihak ketiga dibenarkan untuk membantu pihak lain untuk memohon bantuan ini

    16. Adakah penerima BKC-19 LZS pada tahun 2020 boleh memohon semula Bantuan Zakat Selangor Peduli atau menjadi penerima automatik Bantuan Zakat Selangor Peduli?

    Semua penerima Bantuan Khas COVID-19 pada tahun 2020 yang memenuhi syarat kelayakan dan kriteria Bantuan Zakat Selangor Peduli boleh membuat permohonan bantuan ini.

    17. Adakah ada proses rayuan atau permohonan semula bagi pemohon yang gagal?

    Proses rayuan atau permohonan semula akan dibuka setelah selesai proses kelulusan dan bergantung kepada baki peruntukkan. Bagi mengelakkan kegagalan dalam membuat permohonan, pemohon dinasihatkan supaya memastikan setiap butiran permohonan adalah tepat dan lengkap sebelum proses penghantaran (submit) dibuat.

    18. Adakah pasangan kepada warga kerga LZS boleh memohon bantuan ini?

    Tidak boleh. Warga kerja LZS yang mempunyai tanggungan termasuk pasangan, anak dan lain-lain yang terkesan akibat pelbagai situasi semasa boleh memohon bantuan melalui Divisyen Sumber Manusia LZS.

    19. Adakah penolong amil lantikan LZS dan Guru Pembimbing Asnaf Muallaf boleh memohon bantuan ini?

    Boleh. Mereka boleh membuat permohonan ini.

    20. Apakah akan berlaku sekiranya saya tidak melengkapkan dokumen lampiran atau maklumat yang diminta?

    Sekiranya anda mengemukakan maklumat serta dokumen lampiran yang tidak lengkap atau palsu, pihak LZS berhak MENOLAK permohonan ini.

    21. Bagaimanakan caranya saya untuk membuat semakan status permohonan /bantuan?

    1. Status permohonan boleh disemak melalui pautan Zakat Selangor Peduli selepas 7 hari bekerja
    2. Bagi yang ingin mendapatkan Status Bayaran Zakat (Sekiranya lulus), anda boleh menyemak dengan Login ke Sistem eZakat ONLINE kami di pautan ini : Sistem eZakat ONLINE

    22. Adakah Lembaga Zakat Selangor melantik mana-mana individu/agensi untuk membantu proses permohonan?

    Tiada. Semua permohonan diuruskan secara terus oleh Lembaga Zakat Selangor.

    Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Ini

    BilDokumen
    1Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
    2Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
    3Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
    4Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN
    5Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
    6Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil : SURAT PERWAKILAN KUASA
    7Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).

    SILA PASTIKAN PERMOHONAN ANDA LENGKAP SEBELUM MENGHANTAR PERMOHONAN INI. PIHAK LZS BERHAK MENOLAK PERMOHONAN YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT SERTA LAMPIRAN YANG TIDAK LENGKAP DAN PALSU.

    Pin It on Pinterest

    Share This