My 2.5
SEDIKIT BAGI ANDA, SEGALANYA BUAT MEREKA

 

PENGENALAN

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjangkakan akan berlaku peningkatan asnaf fakir, miskin dan mualaf sehingga 80,000 keluarga, kesan penularan pandemik COVID-19. Mereka ini terdiri daripada golongan yang terjejas terutamanya ketua keluarga yang diberhentikan kerja/hilang punca pendapatan, cuti sementara tanpa gaji atau bergaji separuh.

Dengan hanya berzakat 2.5%, anda dapat menyumbang kepada kelangsungan keperluan agihan zakat di Selangor terutama dalam situasi sukar COVID-19 ini.

 

OBJEKTIF

  1. LZS menyemai rasa kebersamaan dalam kalangan pengeluar zakat di Selangor melalui Kempen MY2.5.
  2. 2.5% zakat anda, puluhan ribuan keluarga asnaf dapat tempat berteduh dan meneruskan kelangsungan hidup.
  3. 2.5% zakat anda membolehkan puluhan ribu anak-anak asnaf dapat ke sekolah dan melanjutkan pengajian di IPT.
  4. 2.5% zakat anda, saudara baru kita merasa dihargai.
  5. 2.5% zakat anda, pesakit dialisis dapat menerima rawatan.


Dengan tagline ‘Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka’, kami mengajak seluruh masyarakat yang layak untuk menunaikan kewajipan zakat anda di LZS.

Kami menyediakan pelbagai kemudahan saluran kepada anda iaitu secara dalam talian, e wallet, dan potongan gaji.

Bagi yang ingin hadir menunaikan zakat di cawangan kami yang berhampiran, kami sentiasa memastikan cawangan LZS disanitasi dan mengikut SOP yang diwajibkan oleh pihak MKN.
Anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik sepanjang tempoh kempen MY2.5 berlangsung.

 

Adakah Anda Inginkan Zakat MY2.5 Anda Membantu Mereka?

KEMPEN UTAMA MY2.5

Pin It on Pinterest

Share This