LZSPeduli

Utama LZSPeduli

Soalan Lazim Sumbangan LZSPeduli (Bantuan Banjir Zakat Selangor)

1. Apakah Bantuan Kecemasan / Bencana Alam (Banjir) LZS

Bantuan yang diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

2. Siapakah yang layak memohon bantuan ini?

Memenuhi syarat kelayakan umum agihan zakat:-
  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
  3. Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

3. Jika pemohon adalah Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf, adakah mereka boleh memohon bantuan ini?

Ya, pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf boleh membuat permohonan melalui pautan https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli/.

4. Apakah kaedah permohonan untuk bantuan ini?

Kaedah Permohonan untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-
  1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  2. Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  3. Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat

Kaedah Permohonan BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-
  1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  2. Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  3. Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.


Nota : Kaedah Siasatan adalah berdasarkan dokumen lampiran.

5. Dimanakah semakan status permohonan boleh dibuat?

Status permohonan Bantuan Bencana LZS boleh disemak melalui pautan ini : Sistem eZakatONLINE

6. Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk membuat pembayaran selepas dari tarikh kelulusan?

Pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.

7. Adakah pemohon masih layak memohon sekiranya telah membuat permohonan melalui Ketua Kampung/ ADUN kawasan?

Boleh, pemohon layak untuk membuat permohonan bantuan ini.

8. Berapa kadar bantuan yang akan diterima oleh pemohon?

Kadar bantuan ialah RM600 bagi pemohon yang layak.

9. Berapa lama tempoh Bantuan Bencana dibuka untuk permohonan?

Bantuan Fasa 2 ini bermula pada 1 Januari 2022 dan dibuka sehingga 31 Januari 2022. Sebarang pemakluman akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui media sosial LZS.

10. Bagaimana kaedah penyaluran bantuan ini?

Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-
  1. Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  2. Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  3. Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas

11. Bagaimana sekiranya pemohon tiada nombor akaun bank?

Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai dan baucer tunai, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau khidmat pelanggan melalui saluran Livechat di Portal Zakat Selangor.

12. Adakah permohonan ini dibuka untuk orang awam selain asnaf yang berdaftar?

Ya, permohon turut dibuka kepada orang awam yang memenuhi syarat permohonan seperti di Perkara (2) dan (4).

13. Apakah akan berlaku sekiranya pemohon tidak melengkapkan dokumen lampiran atau maklumat yang diminta?

Sekiranya pemohon mengemukakan maklumat dan dokumen lampiran yang tidak lengkap atau palsu, pihak LZS berhak MENOLAK permohonan ini.

14. Sekiranya saya mempunyai pertanyaan, dimanakah perlu saya rujuk?

Pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.

** Dengan membuat permohonan zakat ini, anda memahami dan telah membaca syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan dan bersetuju untuk Lembaga Zakat Selangor memproses Data Peribadi bagi tujuan permohonan bantuan zakat.

Pin It on Pinterest

Share This