Cari Penolong Amil, Ejen Zakat & Pegawai Agihan

Sila buat pilihan yang disediakan dan tekan butang "Search"

Apa itu Penolong Amil?

Penolong Amil adalah individu yang bernaung di masjid dan dilantik oleh lembaga zakat Selangor (MAIS) bagi     memudahkan urusan agihan bantuan asnaf dan kutipan Fitrah/Padi.

Lembaga zakat Selangor (MAIS) melantik 3 kategori jawatan penolong amil di dalam kariah di seluruh negeri selangor iaitu :

i) Penolong Amil Fitrah
– Dilantik bagi menguruskan kutipan zakat Fitrah pada Bulan Ramadan sahaja di setiap kariah masjid dan pasaraya/syarikat yang terpilih.

ii) Penolong Amil Padi
– Dilantik bagi menguruskan kutipan zakat padi di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam sahaja.

iii) Penolong Amil Kariah
-Dilantik bagi menguruskan siasatan asnaf baru dan asnaf sedia ada di setiap kariah masjid.

Apa itu Pegawai Agihan?

Adalah kakitangan LZS yang bertanggungjawab dalam urusan pengagihan bantuan zakat.

Apa itu Pegawai Ejen Cukai?

Institut Pendidikan Islam Swasta yang dilantik LZS untuk menjalankan tugas memungut zakat dan mengagih zakat kepada asnaf-asnaf tertentu di kalangan kakitangan dan pelajar yang layak di IPT.

Apa itu Pegawai Ejen Syarikat?

Institusi Pendidikan Tinggi yang dilantik LZS untuk menjalankan tugas memungut zakat dan mengagih zakat kepada asnaf-asnaf tertentu di kalangan kakitangan dan pelajar yang layak di IPT.

Apa itu Pegawai Ejen Firma Audit?

Ejen Perunding (ejen cukai, firma audit, syarikat, yayasan, koperasi, persatuan, pertubuhan dan ejen Individu) yang dilantik LZS untuk melaksanakan perkhidmatan kutipan zakat harta.

Apa itu Pegawai Ejen Saluran Bayaran?

Ejen Saluran Pembayaran (Bank, Pos, MYeG, TELCO dan Syarikat Perkhidmatan Saluran Bayaran) lantikan LZS yang menyediakan perkhidmatan kutipan zakat harta dan fitrah melalui kemudahan bayaran seperti pembayaran online, kaunter, cashless machine, ATM Machine, mobile banking dan FPX.

Pin It on Pinterest

Share This