Soalan Lazim

Lembaga Zakat Selangor mengakui kepentingan untuk memastikan bantuan zakat yang disalurkan mempunyai impak yang besar kepada penerima. Impak sumbangan anda boleh di rujuk di SINI.

SPZAS (Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor) diperkenalkan bertujuan membantu meringankan beban golongan bukan asnaf , khususnya dalam kelas B40 serta M40 yang memerlukan bantuan bagi menampung keperluan pendidikan menggunakan peruntukan di bawah asnaf fisabilillah.

Kami percaya bahawa bantuan keciciran pendidikan merupakan langkah penting dalam memastikan usaha asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan.

Setiap pemohon akan dinilai kelayakannya berdasarkan kadar Had Kifayah yang disediakan. Sekiranya kelayakan pemohon melebihi Had Kifayah, amil mesti mengambil kira kesukaran lain bagi pemohon jika ada untuk turut dipertimbangkan.

  • Status pekerjaan pemohon iaitu sama ada tetap atau sementara.
  • Pemohon atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan kronik, sakit yang memerlukan kos rawatan berterusan atau kecacatan anggota yang menghalang daripada bekerja secara aktif.
  • Pemohon berumur lanjut atau tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon menanggung anak yang ramai.
  • Ibu bekerja atau bapa tunggal yang memerlukan tambahan kos penjagaan anak-anak semasa bekerja.
  • Lain-lain kesusahan yang dikenalpasti.

Qada Zakat ditunaikan zakatnya mengikut tahun dan nilai harta tersebut. Kadar Qada Zakat adalah 2.5%. Jika tidak mengetahui jumlah harta sebenar ketika itu, maka anggaran nilai terhampir dilakukan.

Qada Zakat adalah berdasarkan kepada nisab ketika haul yang terdahulu. Pembayaran Qada Zakat ini boleh dibuat secara ansuran atau mengikut kemampuan. Pembayaran zakat ini juga boleh dibuat sama ada dengan mengunjungi cawangan zakat di seluruh negeri Selangor atau melalui saluran bayaran lain seperti perbankan internet, ejen bank dan lain-lain.

Ya. Qada dalam konteks ibadah ialah setiap amalan fardu (seperti puasa, solat dan zakat) yang ditinggalkan wajib diqada sama ada disebabkan lupa, sengaja meninggalkannya atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad.

Individu atau syarikat yang telah cukup syarat wajib menunaikan zakat, layak menunaikan zakat pada tahun-tahun yang lalu dan jika masih belum melunaskan semua zakat yang wajib bagi tahun yang lalu, maka zakat itu wajib diqada.

Setiap permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul Kifayah. Proses kelulusan permohonan agihan boleh diringkaskan seperti berikut:

  • LZS terima permohonan borang yang lengkap dari pemohon.
  • Permohonan zakat akan dibuat semakan berdasarkan kadar Had Kifayah dan maklumat dimasukkan dalam Sistem Agihan Zakat.
  • Proses siasatan akan dijalankan terhadap permohonan.
  • Pemohon diluluskan/ditolak.
  • Pemohon dikelaskan mengikut Asnaf Fakir atau Miskin.
  • Sekiranya Asnaf, bantuan zakat yang bersesuaian akan diberikan.

Antara senarai bantuan yang sering dipohon oleh Asnaf:

  • Bantuan Perubatan – Fakir Miskin.
  • Bantuan Sewa Rumah – Fakir Miskin.
  • Bantuan Badan dan Persatuan – Fisabilillah.
  • Bantuan Penerapan Nilai Islam – Fisabilillah.
  • Bantuan Yuran Sekolah – Fakir Miskin.
  • Bantuan Hutang Kehidupan – Gharimin.
  • Bantuan Kewangan Bulanan – Fakir Miskin.
  • Bantuan Makanan Bulanan – Fakir Miskin.
  • Bantuan Bina & Baik Pulih Rumah – Fakir Miskin.

Zakat tidak diambil dua kali daripada harta yang sama dalam satu haul.

Implikasinya adalah, hasil pulangan atau dividen yang diterima daripada perniagaan atau pelaburan yang telah membayar zakat perniagaan, maka dipihak pelabur, tidak dizakatkan lagi atas hasil pulangan tersebut untuk mengelakkan zakat dua kali atas harta yang sama.

  • Zakat Fitrah

Zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat ditetapkan.

  • Zakat Pendapatan

Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekala.

  • Zakat Perniagaan
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan.
 
  • Zakat Wang Simpanan

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.

  • Zakat Pelaburan
Menurut Bahasa: Kalimah ‘saham’ berasal dari perkataan Arab yang bermaksud bahagian yang dimiliki.
Menurut Istilah: Saham menurut Kamus Dewan bermaksud “Bahagian dalam modal sesuatu perniagaan”.
Menurut Kamus Ekonomi, saham bermaksud modal sah syarikat yang dicarumkan oleh pemilik.
 
  • Zakat KWSP
Zakat yang dikenakan hasil pendapatan seorang hasil daripada pekerjaanya yang dicarum di KWSP.
 
  • Zakat Emas & Perak

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.

  • Zakat Kripto
Mata wang kripto dan aset digital adalah termasuk dalam kategori ‘al-Mal’ (harta) kerana wujudnya sifat ‘al-Mutaqawwim’ (mempunyai nilai). Oleh yang demikian, zakat diwajibkan ke atasnya berdasarkan dalil-dalil umum kewajipan zakat terhadap harta.
 
  • Zakat Padi
Zakat padi wajib dikeluarkan atas HASIL BERSIH jualan padi (Hasil jualan padi-kos penghasilan padi).
 
  • Fidyah 
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Harta yang haram atau syubhah tidak termasuk dalam harta yang wajib zakat.

Melalui hadis ini dapat difahami bahawa Allah hanya menerima sesuatu amal hambaNya dari sumber yang halal dan baik sahaja.Harta yang diperolehi oleh sumber yang tidak patuh syariah tidak boleh dijadikan harta untuk membayar zakat sebagai contoh:

    • Dividen atau keuntungan daripada sebarang transaksi yang berasaskan riba’.
    • Harta dari hasil pekerjaan yang haram seperti mencuri, jual beli arak, hasil loteri dsb.

Asal penentuan haul untuk kiraan zakat ialah berdasarkan kepada tahun hijri. Namun pada hari ini, kalendar yang digunakan diseluruh dunia, termasuk umat Islam secara umumnya adalah kalendar masihi. Oleh itu jika seseorang mengira zakatnya berdasarkan kepada kalendar masihi, maka kadar zakat ialah 2.577% setelah mengambil kira perbezaan hari diantara kalendar masihi dan kalendar hijri.

Tahun: 2023

Skop: Kutipan

Tahun: 2021

Skop: Kutipan

Tahun: 2021

Skop: Agihan

Tahun: 2019

Skop: Kutipan

Tahun: 2019

Skop: Kutipan

Tahun: 2018

Skop: Kutipan

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor