E-Zakat Pay

Merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my.
Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Tiada pendaftaran serta bayaran untuk menggunakan E-Zakat Pay

Pembayar tidak perlu mendaftar ataupun membayar untuk membuat bayaran zakat melalui kaedah ini. Pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, mempunyai ID dan Password dan boleh membuat pembayaran secara online di bank tersebut

Bank yang boleh membuat
bayaran melalui E-Zakat Pay

Pada masa ini terdapat sebanyak 6 buah bank-bank utama di Malaysia yang boleh menerima pembayaran iaitu :

  • CIMB Bank Bhd
  • Malayan Banking Bhd
  • Public Bank Berhad
  • Bank Islam Malaysia Bhd
  • Hong Leong Bank Bhd
  • RHB Bank Berhad

Bagaimana Transaksi Dilakukan?

Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat. Pembayar perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan pembayaran zakat telah selesai dilakukan.

Tiada bayaran tambahan dikenakan

Tidak, pembayar tidak dikenakan sebarang cas tambahan sekiranya membuat bayaran zakat menggunakan kaedah ini, akan tetapi terdapat had minimum iaitu RM 10 bagi setiap pembayaran melalui kaedah ini

Tiada pemasangan aplikasi untuk pembayaran zakat

Pengguna tidak perlu memasang apa jua bentuk perkakasan untuk menggunakan sistem ini. Walaubagaimanapun, pihak MEPS akan menyediakan pihak merchant (Lembaga Zakat Selangor) dengan "Seller plug-in" iaitu satu perisian keselamatan yang akan letakkan di dalam portal LZS (MAIS) bagi menjamin keselamatan pembayaran yang dilakukan.

Proses yang selamat

Keseluruhan transaksi di encrypted dengan 128 Bit SSL.

Oleh itu, semua maklumat yang dihantar adalah selamat seperti membuat pembayaran di website bank tersebut. Pengguna juga disahkan di platform internet banking untuk semua transaksi yang dilakukan.

Selain itu, kesemua pembayaran akan dilakukan dalam "real time online" iaitu proses debit daripada bank pembayar kepada akaun pembayar akan dijalankan pada masa itu juga dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Pin It on Pinterest

Share This