Pusat Latihan Asnaf Selangor (PLAS)

Home Asnaf Pusat Latihan Asnaf Selangor (PLAS)

Pusat Latihan Asnaf (PLAS)

PLAS mengambil langkah yang lebih proaktif untuk melahirkan asnaf yang berkualiti, jiwa mereka perlu juga dibangunkan supaya dapat membina kekuatan dan mentaliti untuk mengubah diri melalui pelbagai program latihan

Program Pembangunan Insan

Pusat Latihan Asnaf Selangor (PLAS) percaya bahawa bantuan berbentuk kebendaan dan kewangan yang diberi kepada para asnaf zakat di Selangor adalah bersifat sementara. Harus diingat bahawa bantuan zakat yang disediakan ini bukanlah bermatlamat membentuk generasi asnaf yang mendambakan subsidi semata-mata. Sebaliknya ia hanyalah dijadikan sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri dan keluarga ke arah yang lebih baik.

Objektif Penubuhan

Membangunkan Program Pembangunan Asnaf

Ruang-ruang kursus dan latihan yang bersesuaian kepada para asnaf di seluruh daerah di negeri Selangor

Menjalankan Jalinan Strategik Dalam Membangunkan Diri Asnaf

Membentuk generasi asnaf yang berkualiti

Melaksanakan Perkhidmatan Latihan Dengan Efisyen

Program pembangunan insan dengan kursus dan latihan yang bersesuaian

Menyediakan Kemudahan Prasarana Latihan Komprehensif Sesuai Dengan Keperluan Asnaf Zakat

Meliputi pembangunan diri yang seimbang

Meningkatkan Keberkesanan Program Latihan Yang Dirancang Dan Dilaksanakan Secara Sistematik

Menjana anjakan positif yang berterusan

Menguruskan Pengurusan Dan Kewangan Dengan Cekap Dan Berkesan

Mewujudkan perubahan sosial yang positif kepada golongan asnaf

Mewujudkan perubahan sosial yang positif kepada golongan asnaf

Hasrat PLAS ialah untuk membangunkan asnaf yang bukan sahaja berjaya menjalani kehidupan baik di dunia, tetapi turut memperoleh kebahagian di akhirat.

Hubungi Kami

Pusat Latihan Asnaf Selangor (PLAS)
Lot 15807,(PT8793), Jalan Sungai Tua,
Ulu Yam Bharu 44300 Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan

Tel-03-60751340/1911
Fax-0360751727
Email : plas@zakatselangor.com.my

Pin It on Pinterest

Share This