Bait Al-Mawaddah

Home Asnaf Bait Al-Mawaddah

Bait al-Mawaddah

Bait al-Mawaddah ditubuhkan untuk memberi perlindungan, pengawasan, pemulihan dan
pembangunan diri yang berkesan kepada warga emas yang terdiri daripada
asnaf fakir dan miskin yang tidak terbela.

Menjaga Kebajikan dan Mewujudkan
Persekitaran Sihat

Kompleks Warga Emas Bait Al-Mawaddah telah ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Lembaga Zakat Selangor
bagi memberi perlindungan kepada warga emas asnaf yang terbiar. Ia dibina di atas sebidang tanah
seluas 3 ekar di Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam.

Objektif Penubuhan

  • Memberi Perlindungan, Pengawasan, Pemulihan Dan Pembangunan Diri Yang Berkesan Kepada Warga Emas Yang Tergolong Daripada Fakir Dan Miskin Yang Tidak Terbela
  • Memberi Jagaan Dan Rawatan Kepada Warga Emas Demi Menjamin Kesejahteraan Dan Kualiti Hidup Mereka
  • Menjaga Kebajikan Penghuni Pusat Penjagaan Warga Emas Dengan Baik
  • Mewujudkan Persekitaran Yang Sihat ,Cergas, Ceria, Harmoni, Kasih Sayang Serta Kondusif Dalam Kehidupan Warga Emas

Bait Al Mawaddah

Pusat Jagaan Warga Emas Lembaga Zakat Selangor

Lot pt 140452 (pt 92805)
Jalan Tanjung Pahang, Lorong Haji Mughni
Seksyen 30 Jalan Kebun, 46460 Shah Alam

Syarat Kemasukan

  • Islam - Pemohon mestilah beragama Islam
  • Fakir Miskin - Mestilah merupakan asnaf fakir miskin yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor
  • Berusia 60 tahun ke atas - Warga Emas merujuk individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai oleh JKM
  • Boleh Menguruskan Diri Sendiri - Kemasukan warga emas tersebut mesti sihat tubuh badan, tidak terlantar dan boleh menguruskan diri sendiri.

Pin It on Pinterest

Share This