Portal Pengurusan Data Asnaf

Utama Portal Pengurusan Data Asnaf

Pengenalan

Portal Asnaf Self-Administration Service (ASaS) atau Portal Pengurusan Data Asnaf merupakan satu perkhidmatan atas talian yang dibangunkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) khusus untuk asnaf fakir dan miskin. Portal ini merupakan satu kemudahan kepada asnaf fakir dan miskin untuk membuat semakan serta mengemas kini maklumat peribadi (ketua keluarga) dan isi rumah (tanggungan).

Objektif

  • Semakan butiran peribadi diri dan tanggungan asnaf fakir/miskin
  • Mengemaskini Maklumat Peribadi Diri dan Tanggungan Asnaf Fakir/Miskin.

Kepentingan/Manfaat Kepada Asnaf

  • Memastikan maklumat peribadi diri (ketua keluarga) dan isi rumah (tanggungan) asnaf adalah TEPAT dan TERKINI.
  • Memastikan agihan bantuan zakat dapat disalurkan dengan TEPAT serta BERKESAN.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Ini

BilDokumen
1Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan.
2Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon.
3Pengesahan Pendapatan untuk diri dan tanggungan (Slip gaji, borang pengesahan pendapatan)
4Penyata Akaun Bank yang menunjukkan nama dan nombor akaun bank dengan jelas.
4Lain-lain dokumen berkaitan. Contoh Sijil Nikah, Sijil Penceraian, Surat Pengesahan Kesihatan (bagi yang berkenaan).

SOALAN LAZIM

1. Apakah yang dimaksudkan semakan semula asnaf?

Semakan semula adalah proses kemaskini maklumat asnaf dan tanggungan semasa.

2. Berapa lama tempoh semakan semula / kemaskini di buat, ada tarikh tutup?

Tiada tarikh tutup. Tempoh semakan semula / kemaskini dijalankan sepanjang tahun. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat diri dan keluarga, pihak asnaf adalah digalakkan untuk membuat kemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan yang disalurkan adalah tepat.

3. Saya masih asnaf, kenapa saya tidak mendapat SMS dari zakat?

Semakan semula hanya dihantar kepada mereka yang telah ditapis dan disahkan perlu pengemaskinian maklumat sahaja.

4. Berapa kerap semakan semula status asnaf perlu dibuat?

Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat diri dan keluarga asnaf diminta untuk membuat kemaskini dengan kadar segera.

5. Saya terpadam link yang zakat bagi, bagaimana untuk mendapatkan semula link bagi daftar semak semula asnaf?

Boleh hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 atau layari laman sesawang Zakat Selangor : www.zakatselangor.com.my

6. Saya mendapat SMS dari zakat, tetapi telefon saya tidak boleh digunakan untuk muatnaik dokumen. Apa perlu saya lakukan?

Boleh hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 atau merujuk kepada Penolong Amil Kariah (PAK) berhampiran.

7. Saya tidak mendapat maklumat dari zakat sebab saya tiada nombor telefon. Apa perlu saya lakukan?

Boleh merujuk kepada Penolong Amil Kariah (PAK) di masjid kariah tempat tinggal.

8. Saya telah kemaskini maklumat dalam portal. Berapa lama tempoh untuk saya mengetahui status kelulusan?

Tempoh kelulusan maklumat adalah 14 hari bekerja.

9. Bagaimanakah semakan status kemaskini boleh saya ketahui?

Boleh merujuk kepada Penolong Amil Kariah (PAK) di masjid kariah tempat, hubungi call centre dan rujuk cawangan.

10. Adakah dokumen yang saya muatnaik dalam portal perlu disahkan terlebih dahulu oleh nazir/amil/ketua penduduk ditempat saya tinggal?

Semua dokumen Tidak perlu disahkan.

11. Saya telah memuatnaik dokumen dalam portal ASAS. Adakah dokumen fizikal perlu dihantar juga ke LZS?

Tidak perlu dihantar dokumen fizikal ke cawangan LZS.

12. Jika saya lulus semakan semula, adakah saya akan menerima surat kelulusan?

Tidak. Tiada surat yang akan dikeluarkan.

13. Jika semakan semula saya lulus, adakah perlu saya membuat permohonan bantuan semula?

Tidak perlu membuat permohonan bantuan semula sekiranya masih berstatus asnaf.

14. Berapa saiz dokumen yang boleh diupload? Jika dokumen tidak berjaya dimuat naik saya perlu merujuk kepada siapa?

Saiz dokumen tidak boleh melebihi 2 Mb bagi setiap lampiran. Rujuk PAK, hubungi call centre atau cawangan berhampiran.

15. Apakah format yang boleh digunakan untuk muatnaik dokumen.

Format dokumen yang dicadangkan adalah pdf,jpeg,doc,docx dan tiff.

16. Jika semakan semula saya gagal, Adakah saya boleh membuat rayuan/permohonan semula dan dimana saya boleh berurusan?

Boleh, rayuan boleh dibuat melalui Penolong Amil Kariah.

17. Sekiranya saya dalam proses penceraian boleh atau tidak untuk saya buat kemaskini kerana sudah tidak tinggal sebumbung?

Tidak, pertukaran ketua keluarga perlu merujuk kepada Penolong Amil Kariah.

18. Saya telah pun berjaya melakukan proses kemaskini melalui portal asas, tetapi saya tercicir untuk menambah tanggungan baru untuk dikemaskini bagaimana cara untuk saya buat semula?

Proses kemaskini baru boleh dilakukan selepas tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penghantaran awal.

19. Jika anak baru bekerja adakah perlu dimasukkan didalam tanggungan?

Proses kemaskini baru boleh dilakukan selepas tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penghantaran awal.

20. Pekerjaan baru tiada payslip, apa dokumen yang diperlukan utk pengesahan tersebut?

Boleh mengisi borang pengesahan pendapatan.

21. Adakah Isteri kedua di luar atau dalam negeri Selangor adakah perlu dimasukkan sebagai tanggungan?

Hanya isteri yang tinggal di dalam Selangor sahaja dimasukkan sebagai tanggungan.

22. Sekiranya saya hendak keluar dari status asnaf perlukah saya membuat kemaskini?

Ya, kemaskini perlu dilakukan berserta lampiran berkenaan (slip gaji/pengesahan pendapatan /surat pemakluman).

23. Sekiranya anak tinggal bersama bekas suami/isteri/tinggal dikampung bersama keluarga lain, adakah boleh dimasukkan dibawah tanggungan saya?

Tidak boleh dimasukkan sebagai tanggungan.

24. Adakah perlu membuat kemaskini setiap kali membuat pembaharuan passport?

Ya, perlu dibuat kemaskini.

25. Adakah bantuan sediaada akan berubah setelah kemaskini dilakukan?

Ya, Bantuan yang disalurkan mengikut kadar yang ditetapkan bergantung kepada hasil kemaskini yang dilakukan.

26. Sekiranya tanggungan saya (OKU) mendapat bantuan dari agensi lain adakah boleh dimasukkan dibawah tangggungan saya?

Ya, Jumlah bantuan yang diterima perlu dimasukkan didalam pendapatan isi rumah.

27. Sekiranya perintah mahkamah pemberian nafkah dibawah tanggungjawab suami adakah boleh dimasukkan sebagai tanggungan walaupun anak berkenaan tggl bersama bekas isteri?

Tidak boleh dikira sebagai tanggungan kerana tidak tinggal bersama.

28. Sekiranya ketua keluarga dijatuhkan hukuman penjara/tidak bertanggungjawab/menghilangkan diri perlukah kemaskini dilakukan.?

Kemaskini perlu dilakukan melalui Penolong Amil Kariah dan cawangan dengan membawa dokumen yang berkaitan.

Pin It on Pinterest

Share This