Berikut adalah kadar had kifayah yang digunakan oleh LZS bagi menentukan garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Terdapat perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh pegawai LZS.

Kadar Pengiraan Had Kifayah

BilKategoriKeperluan AsasKadar Rumah Berbayar
(RM)
Kadar Rumah Percuma
(RM)
1Ketua KeluargaRumah529.00199.00
Makanan138.00138.00
Pakaian38.0038.00
Ibadah53.0053.00
Kesihatan & Penjagaan Diri25.0025.00
Pengangkutan157.00157.00
JumlahRM940.00RM610.00

 

BilKategoriKeperluan AsasKadar (RM)
2Dewasa Bekerja (18 Tahun Ke Atas)Makanan122.00
Pakaian38.00
Ibadah53.00
Kesihatan & Penjagaan Diri25.00
Pengangkutan157.00
Jumlah RM395.00
    
3Dewasa Tidak Bekerja(18 tahun keatas)Makanan132.00
Pakaian38.00
Kesihatan & Penjagaan Diri25.00
Jumlah RM195.00
   
4Anak Belajar IPTMakanan131.00
 Pakaian38.00
 Pendidikan376.00
 Kesihatan & Penjagaan Diri25.00
Jumlah RM570.00
   
5Anak Bersekolah (Berumur 6-17 Tahun)Makanan116.00
 Pakaian38.00
 Pendidikan81.00
 Kesihatan & Penjagaan Diri25.00
Jumlah RM260.00
   
6Anak 5 Tahun Ke BawahMakanan54.00
 Pakaian38.00
 Kesihatan & Penjagaan Diri23.00
Jumlah RM115.00

Tambahan (Jika ada)

  1. Tanggungan anak cacat – 200.00
  2. Tanggungan Pesakit Kronik – 200.00
  3. Kos Penjagaan Anak – 250.00

Pengkelasan Fakir atau Miskin

Pengkelasan sesebuah isi rumah bagi menentukan sama ada mereka fakir atau miskin adalah berbeza daripada sesebuah keluarga di antara satu keluarga yang lain. Ini bergantung kepada Had Kifayah dan bilangan isi rumah.

Contoh :-
Pak Ali dan isterinya tinggal dirumah yang disewa di kawasan Ampang dan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1,200.00 sebulan. Selain isterinya, Pak Ali juga menanggung lima orang anak. 2 orang belajar di sekolah menengah dan 2 orang lagi belum bersekolah manakala seorang lagi anak perempuan Pak Ali sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.”

Berikut adalah kedudukan had kifayah bagi keluarga tersebut:

BilKategoriKadar Had KifayahBilangan OrangJumlah (RM)
1Ketua Keluarga940.001940.00
2Pasangan195.001195.00
3Dewasa Tidak Bekerja ( 18 tahun ke atas)195.001195.00
4Anak Berumur 6-17 Tahun260.002520.00
5Anak Berumur 0-5 Tahun115.002230.00
 Tambahan   
 Tanggungan/Anak Cacat200.00TiadaTiada
 Penjagaan Anak250.00TiadaTiada
 Kos Perubatan Sakit Kronik200.00TiadaTiada

 

Jumlah Had KifayahPendapatan KeluargaJumlah Had Kifayah
2080.001200.00-880.00
(Miskin)