Whistleblowing

Polisi Penipuan Dan Pendedahan Maklumat LZS

Lembaga Zakat Selangor “LZS” komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai institusi pengurusan zakat di Selangor berdasarkan prinsip keadilan, kejujuran, keterbukaan, kesopanan, integriti dan menghormati.

Justeru, LZS mengamalkan Polisi Pendedahan Maklumat (Whistleblowing Policy) yang menggariskan panduan untuk melaporkan sebarang bentuk penipuan, penyalahgunaan dan penyelewengan serta salah laku dengan lebih berkesan dan perlindungan yang diberikan kepada Pemberi Maklumat (Whistleblower).

Polisi ini terpakai bagi sebarang penipuan, penyalahgunaan dan penyelewengan serta salah laku yang melibatkan semua warga kerja LZS serta ahli Lembaga Pemegang Amanah, konsultan, pembekal dan mana-mana pihak yang berurusan dengan LZS. Klik capaian dibawah untuk bacaan penuh polisi.

Muat Turun Whistleblowing Policy

Download Whistleblowing Policy

Salah Laku (Improper Conduct)

Perbuatan salah laku yang bertujuan untuk mendapatkan pulangan keuntungan kewangan atau kedudukan peribadi adalah menjadi satu kesalahan dibawah Terma Kakitangan LZS, dan/atau kesalahan jenayah dibawah undang-undang yang berkaitan yang berkuatkuasa dan boleh termasuk diantara salah satu perkara seperti berikut:

  • Persembahan dokumen palsu;
  • Penyalahgunaan dana, bekalan, aset tetap atau aset-aset lain;
  • Pengambilan keuntungan atau komisen sebagai hasil kerjasama dengan pihak pembekal;
  • Penyelewengan dalam pengendalian atau pelaporan wang atau transaksi kewangan;
  • Menerima atau meminta apa-apa nilai material daripada pihak yang berurusan dengan LZS seperti kontraktor dan pembekal (perkhidmatan / barangan). (Pengecualian bagi hadiah yang diberikan bagi tujuan merapatkan hubungan dan mempunyai nilai yang munasabah dengan tujuan tersebut);
  • Mendedahkan maklumat organisasi kepada pihak luar atau pihak yang tidak diberi kuasa;
  • Kegagalan untuk mematuhi undang-undang;
  • Aktiviti jenayah atau tingkah laku yang tidak beretika;
  • Penyalahgunaan dana, bekalan, aset tetap atau aset-aset lain;
  • Pemusnahan, penyingkiran atau penggunaan rekod-rekod dan dokumen yang tidak wajar; dan / atau mana-mana perbuatan seperti tidak jujur atau penipuan;
  • Mana-mana perbuatan yang ketidakaturannya kelihatan seperti tidak jujur atau penipuan.

Perkara Yang Perlu Dilaporkan

  • Salah Laku
  • Penipuan/Penyelewengan
  • Kelakuan yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang

Membuat Pendedahan

    Anda boleh melaporkan sebarang aktiviti seperti yang tertera di atas sekiranya berlaku di dalam operasi LZS melalui saluran berikut:

  • Melalui Borang Online Yang Disediakan
  • Secara Bertulis
  • Melalui Email : ketua.audit@zakatselangor.com.my
  • Menyediakan fakta atau bukti berkaitan perkara yang berkenaan
  • Nota :

    1. Pemberi maklumat hendaklah memaklumkan identiti mereka di dalam pelaporan aduan. Aduan yang diterima tanpa identiti pengadu tidak akan dilayan.

    2. Bagi perkara-perkara lain yang tidak berkaitan dengan skop di atas, sila klik di sini atau email-kan kepada callcentre@zakatselangor.com.my

Perlindungan

Perlindungan kepada Pemberi Maklumat :
LZS berjanji untuk melindungi maklumat peribadi pemberi maklumat di bawah peruntukan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Klik capaian dibawah untuk bacaan penuh akta.

Muatturun Akta Perlindungan Maklumat 2010!