ZIKRA ALPA ERAT HUBUNGAN



Shah Alam – Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Lembaga Zakat Selangor diketuai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa beserta 20 kakitangan LZS menyertai Program ZIKRA ALPAyang diadakan baru-baru ini.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara institusi zakat dengan asnaf. Selain itu, ia turut berkongsi usaha yang dilaksanakan dalam membangunkan asnaf fakir dan miskin di Selangor, di samping melihat ruang-ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ke arah keberkesanan agihan zakat.

Program bermula dengan kunjungan ke Kompleks Asrama Anak-Anak Asnaf dikenali sebagai Baitul Hasanah yang terletak di Klang. Asrama ini dibina bagi menyediakan prasarana pendidikan kepada anak-anak asnaf dalam kondisi yang lebih baik di samping mengelakkan keciciran dalam pelajaran.

Kemudian, para peserta dibawa melawat ke rumah salah seorang asnaf LZS, Siti Raonah Salim. Beliau merupakan seorang balu yang menanggung lima orang anak. Bagi menampung kehidupan seharian, beliau bekerja sebagai pembantu kantin dan menjual penyapu lidi.

Lawatan diteruskan ke penempatan berkelompok Desa Ehsan Sungai Nibong, Sungai Besar. Di sini, para peserta di bawa ke Pusat Kegiatan Ekonomi Bengkel Jahitan D’Asnaf Anggun, selain mengunjungi rumah dua orang asnaf LZS yang tinggal di penempatan tersebut. Destinasi terakhir dalam lawatan tersebut, warung cendol yang diusahakan oleh bekas asnaf LZS, Burhan Salikon di Kuala Selangor.

Leave a Reply