ZIARAH ZAKAT ERAT SILATURAHIM



KUALA LANGAT, 28 MAC 2013 —Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan aktiviti lawatan muhibbah ‘Ziarah Zakat’ di Kuala Langat dan destinasi kali ini ialah ke Majlis Daerah KualaLangat (MDKL).

Di antara tujuan program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim yang telah sedia terjalin di antara LZS dan MDKL sebelum ini, di samping dapat mengenalpasti potensi dan prospek baharu di daerah ini dalam usaha meningkatkan dakwah zakat kepada masyarakat Islam di sini.

Delegasi LZS seramai dua belas orang diketuai oleh Ketua Sektor Dakwah dan Pemasaran, En. Mohamed Syahril bin Zainol, dan telah disambut oleh Pengarah Khidmat Pengurusan, MDKL, En. Miskon bin Karim yang turut sama semasa sesi Sembang Mesra yang berlangsung selepas itu.