ZIARAH MEDIA LZS KE TV AL HIJRAH



KUALA LUMPUR, 24 April 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan program Ziarah Media ke TV Al Hijrah bagi mengeratkan hubungan di antara institusi zakat dengan pihak media yang banyak membantu menyebarluaskan dakwah zakat, di samping membuka ruang kerjasama media yang lebih besar pada masa hadapan.

Delegasi LZS turut dibawa melawat ke segenap ruang di sana, antaranya ke Studio Penerbitan program terbitan TV Al Hijrah.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali dan disertai Pengurus Besar Kutipan, Roszy Non serta Pengurus Besar Agihan, Abdul Basith Hamid.