Zakat Selangor Terima Zakat Perniagaan McDonald’s Malaysia RM275 Ribu



KUALA LUMPUR, 11 Januari 2018 – Syarikat operasi McDonald’s Malaysia, iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB)  menunaikan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM275,000.00 bagi tahun kewangan berakhir 2017.

 Zakat perniagaan ini disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar kepada Mufti Negeri Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam satu majlis yang diadakan di sini hari ini. 

WhatsApp Image 2018-01-14 at 8.16.13 AM

McDonald’s Malaysia menunaikan zakat perniagaan dengan jumlahkeseluruhan RM1,000,000.00. Selain Selangor, antara negeri lain yang turut menerima bayaran zakat termasuklah Kuala Lumpur berjumlah RM275,000.00, Pahang berjumlah RM150,000.00, Terengganu berjumlah RM150,000.00  dan Kelantan RM150,000.00.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Ketua Divisyen Kutipan Zakat Selangor, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.