ZAKAT SELANGOR TERIMA KUNJUNGAN UNIDA GONTOR INDONESIA,



SHAH ALAM, 22 Februari 2017 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima kunjungan muhibbah daripada University of Darussalam Gontor, Indonesia di Ibu Pejabat, Zakat Selangor baru-baru ini.

Kunjungan mereka ini bagi melihat operasi dan pengurusan zakat Selangor di samping bertukar pendapat dan pandangan. Delegasi seramai 20 orang ini diketuai oleh Eko Nur Cahyo, daripada Fakulti Syariah, Bahagian Undang-undang Ekonomi Islam telah diberi taklimat dan penerangan mengenai pengurusan kutipan dan agihan zakat di Selangor yang telah disampaikan oleh Eksekutif Dakwah dan Syariah, Ustaz Hamizul Abdul Hamid.

Di samping itu, para delegasi turut dibawa melawat ke kaunter zakat bagi melihat sendiri operasi kutipan dan agihan Zakat Selangor serta beramah mesra bersama kakitangan di kaunter.