ZAKAT SELANGOR TERIMA KUNJUNGAN PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY



SHAH ALAM, 29 Mac 2017 – Lembaga Zakat Selangor hari ini menerima kunjungan dari Halal Institute, Prince of Songkla University, Thailand bertempat di ibu pejabat Zakat Selangor bagi mendalami aspek pengurusan dan operasi institusi zakat di Malaysia khususnya di Selangor.

Delegasi seramai 10 orang diketuai oleh Pengarah Institute Halal, Dr Tawat Noipom telah diberi taklimat dan penerangan mengenai pengurusan kutipan dan agihan zakat di Selangor oleh Eksekutif Dakwah dan Syariah, Hamizul Abdul Hamid.

Selain betukar pandangan, para delegasi turut dibawa melawat ke kaunter zakat bagi melihat sendiri operasi kutipan dan agihan Zakat Selangor.