ZAKAT SELANGOR TERIMA KUNJUNGAN MUHIBBAH



SHAH ALAM, 14 Oktober 2016 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) sekali lagi mendapat perhatian daripada organisasi luar bagi mendalami pengurusan zakat di Selangor apabila menerima kunjungan muhibbah dari Maldive Inland Revenue Authority (MIRA) pada 5 Oktober baru-baru ini.

Kunjungan MIRA ini diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Percukaian, Hasan Zareer disambut oleh Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Dalam kunjungan tersebut, wakil MIRA diberi taklimat berkenaan operasi kutipan dan agihan zakat yang dilaksanakan oleh Zakat Selangor, selain bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan pengurusan zakat di Malaysia dan Maldive.

Kunjungan ini diakhiri dengan lawatan ke kaunter zakat di Ibu Pejabat Zakat Selangor.