ZAKAT SELANGOR TERIMA ANUGERAH KUALITI SIRIM 2017



SUBANG JAYA, 10 November 2017 – Lembaga Zakat Selangor menerima Anugerah Kualiti SIRIM (AKS) 2017 bagi kategori agensi kerajaan, bersempena Majlis SIRIM Industri 2017 di sini hari ini.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah kepada Officer In Charge Zakat Selangor, Abdul Basith Hamid.

AKS anjuran SIRIM Malaysia Berhad (SIRIM) ini diadakan bagi mengiktiraf organisasi yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti menepati standard kebangsaan dan antarabangsa. Ia merupakan penyertaan pertama bagi Zakat Selangor. Selain Zakat Selangor, tujuh organisasi lain turut menerima anugerah tersebut.