ZAKAT SELANGOR RAIKAN USAHAWAN ASNAF



GOMBAK, 22 Februari 2017- Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) menganjurkan Majlis Penyerahan Surat Asnaf Berjaya bertempat di Dewan Masjid Al Khairiyah, Taman Sri Gombak hari ini.

Majlis diadakan bagi meraikan 19 orang usahawan berjaya keluar daripada kategori asnaf fakir dan miskin daerah Gombak mengikut bidang perniagaan masing-masing. Antara perniagaan yang dijalankan termasuklah bakeri, makanan sejuk beku, usahawan mobil, katering dan pelbagai lagi.

Pada tahun 2016, seramai 175 usahawan asnaf telah keluar dari kategori asnaf melalui bantuan perniagaan dari Zakat Selangor. Perniagaan yang dijalankan dengan pemantauan dari pihak TERAS.

Dalam majlis tersebut, Tokoh Usahawan Asnaf 2016 peringkat kebangsaan sempena Bulan Zakat Kebangsaan, Shahrul Fadli Sham Che Abdullah turut berkongsi pengalamannya dalam perniagaan pizza yang diusahakan.

Hadir sama, Ketua Operasi Agihan Daerah Gombak, Abdul Razak Razali