ZAKAT SELANGOR PERFORMANCE BRIEFING: PLATFORM SAMPAIKAN MAKLUMAT TEPAT



 
SHAH ALAM, 13 September 2017 – Bagi menyampaikan maklumat dengan lebih tepat kepada masyarakat, Lembaga Zakat Selangor menganjurkan program ‘Zakat Selangor Performance Briefing’ melibatkan wakil daripada pelbagai sektor dan agensi.
 
Program ini bertujuan memberi gambaran jelas kepada stakeholder berhubung status kemajuan dan aktiviti yang dijalankan oleh LZS terutamanya yang melibatkan pengurusan agihan zakat di Selangor. 
 
Melalui pembentangan maklumat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali sedikit sebanyak menjawab persepsi masyarakat berkenaan pengurusan zakat. Selain itu, strategi sesi perkongsian ini akan dapat menyebarluaskan dakwah zakat melalui pihak ketiga kepada kelompok sasaran.
 
Hadir sama Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Abdul Basith Hamid, Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat, Affandi Nasir, Ketua Divisyen Kewangan, Rapizah Muhammad Sharif dan Ketua Divisyen Komunikasi Korporat, Datin Setia Norajun Ainun Mohd Hashim.