ZAKAT SELANGOR NAFI TULAR WHATSAPP BANTUAN RM400



 

SHAH ALAM, 21 September – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menafikan maklumat berkenaan bantuan RM400 yang diberikan kepada ibu bapa mempunyai tiga anak bersekolah, seperti yang tersebar dan menjadi tular melalui aplikasi WhatsApp dan kini disebarkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Untuk makluman, bantuan pendidikan disalurkan kepada anak-anak asnaf fakir dan miskin yang berdaftar di Zakat Selangor. Bantuan tersebut meliputi anak-anak asnaf di peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi.

Sehubungan dengan itu, Zakat Selangor memohon semua pihak agar tidak terus menyebarkan maklumat yang sedang ditularkan.

Sebarang kenyataan rasmi Zakat Selangor dikeluarkan melalui laman web www.zakatselangor.com.my atau facebook rasmi Zakat Selangor. Pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.