ZAKAT SELANGOR NAFI SEDIAKAN PINJAMAN



SHAH ALAM, 13 Mac 2017 —Lembaga Zakat Selangor menafikan berkenaan pemberian pinjaman zakat kepada mana-mana individu berikutan tular poster yang menggunakan logo Zakat Selangor di laman sosial baru-baru ini.

Untuk makluman, Zakat Selangor menyalurkan bantuan zakat kepada mereka yang layak berdasarkan haddul kifayah dan tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

16997879_10154929830171221_7548350894211215911_n

Sehubungan itu, Zakat Selangor memandang serius terhadap penggunaan logo tanpa sebarang kebenaran rasmi daripada pihak Zakat Selangor yang boleh mengelirukan masyarakat.

Zakat Selangor merupakan pemilik berdaftar bagi logo (cap dagang) Zakat Selangor di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 38, Akta Cap Dagangan 1976, tindakan undang-undang boleh ke atas sesiapa yang menggunakan cap dagang tersebut tanda kebenaran.

Sebarang pertanyaan, hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 atau layari www.zakatselangor.com.my.