ZAKAT SELANGOR BUKA PELUANG ASNAF SAMBUNG PENGAJIAN PERCUMA



 
SHAH ALAM, 11 Oktober 2017 – Seiring dengan hasrat memperkasakan pendidikan dalam kalangan asnaf di Selangor, Lembaga Zakat Selangor mempelawa asnaf fakir dan miskin yang berdaftar untuk menyambung pengajian secara percuma.
 
Untuk itu, Zakat Selangor telah bekerjasama dengan sebuah ejensi kemahiran bagi memberi peluang kepada mereka yang layak untuk mendapat pendidikan lebih baik sekali gus memperbaiki tahap kehidupan. 
 
Selain daripada yuran pengajian percuma yang diberi, Zakat Selangor akan menyediakan bantuan wang saku bagi mereka yang layak. Pelbagai jenis kursus yang disediakan termasuklah kursus teknikal seperti Kursus Penghawa Dingin, KimpalanLukisan ArchitectureOperasi KrenScaffolding (perancah besi sokongan)PerpaipanJuruteknik Pembuatan Komponen Pesawat HospitalitiOperasi dan Pengurusan PerhotelanOperasi dan Pengurusan makanan dan minuman (sajian)Pengurusan HospitalitiPengurusan Hotel dan Resort serta Pengurusan Acara.
 
Manakala bagi Kursus Seni Kulinari yang ditawarkan termasuklah Kursus Latihan Tukang MasakKemahiran KulinariSeni KulinariKek dan Pastri,Pengurusan Katering dan Penyediaan makanan. Turut ditawarkan Kursus Pengurusan Pelancongan.
 
Tempoh pengajian adalah selama enam bulan dan kemudahan penginapan turut disediakan. Bagi calon yang berminat boleh menghantar permohonan melalui emel ke izwan@zakatselangor.com.my atau hubungi talian 03-8314 2836 untuk maklumat lanjut.