ZAKAT SELANGOR BERTEMU RAKAN MEDIA SOSIAL



SHAH ALAM, 26 April 2016 – Lembaga Zakat Selangor mengadakan pertemuan bersama dengan rakan media sosial bagi berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan pengurusan zakat di Selangor, di samping mengeratkan hubungan dalam satu majlis yang diadakan hari ini.

Antara rakan media sosial yang meluangkan masa adalah pengendali page Warga Prihatin, Shah Alam Resident (SARS), Shah Alam Residen Tak Suka Ban Orang (SARBAN), Shah Alam Amal & Kebajikan (SAKAN), Warga Puchong dan PK Baitul Kasih. Hadir sama, jurugambar terkenal yang mempunyai ramai pengikut di facebook, Saiful Nang.

baru

Dalam ucapan ringkasnya, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Hussin Mohd Ali mengucapkan terima kasih atas kerjasama rakan media sosial yang selama ini bersama-masa Zakat Selangor.

“Rakan media sosial Zakat Selangor ini banyak membantu Zakat Selangor dengan menjadi mata dan telinga kami. Malah, sering membantu Zakat Selangor dalam menangani viral di media sosial, selain memberi maklumat mereka yang memerlukan dalam komuniti.”

photo_2016-04-28_00-04-15

Dalam pertemuan itu juga, rakan media sosial turut diberi pendedahan berkenaan agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor.

Hadir sama dalam pertemuan ini, Pengurus Besar Kutipan, Sabirin Sarbani, Pengurus Besar Agihan, Abdul Basith Hamid dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan, Norajun Ainun Mohd Hashim.