ZAKAT SELANGOR BANTU MANGSA KEBAKARAN



SEPANG, 17 Mac 2017 – Lembaga Zakat Selangor menyampaikan sumbangan zakat kepada tiga keluarga mangsa kejadian kebakaran di Taman Gemilang, Dengkil baru-baru ini.

Daripada tiga keluarga tersebut, dua keluarga merupakan asnaf miskin yang berdaftar dengan Zakat Selangor. Dalam kejadian malang itu, tiga buah rumah teres setingkat musnah dijilat api dan turut meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

17352400_10154948156976221_2006249399780685646_n

Bantuan segera berjumlah RM5,000 disalurkan kepada setiap keluarga asnaf miskin yang terlibat dalam kejadian tersebut. Manakala bantuan musibah kebakaran berjumlah RM3,000 disalurkan kepada keluarga bukan asnaf. Selain itu, Zakat Selangor juga akan memberi bantuan sewa rumah kepada keluarga asnaf, sementara mendapat kediaman yang lain.

Semua keluarga ini ditempatkan sementara di dewan berhampiran dengan penyeliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi terlibat.