ZAKAT SEDIAKAN RUMAH SELESA BUAT ROKIAH & KELUARGA



Shah Alam – Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat Rokiah Wahab, 50 dan keluarga apabila Lembaga Zakat Selangor (LZS) memindahkan mereka ke rumah yang lebih selesa di penempatan berkelompok Desa Ehsan yang terletak di Jeram, Kuala Selangor.

Rokiah dan keluarga terpaksa tinggal di bawah jambatan selama dua bulan ekoran tidak mampu untuk membayar sewa rumah sebelum dipindahkan ke sebuah stor berhampiran. Suami beliau tidak mampu lagi bekerja akibat terjatuh dan patah tangan. Ini memaksa anak sulung mereka yang berusia 16 tahun  bekerja bagi menyara keluarga.

Selain daripada bantuan rumah, baru-baru ini Rokiah turut menerima bantuan sempena Ramadan dan Hari Raya berjumlah RM750 dan bantuan persekolahan anak-anak dari LZS.