ZAKAT DIDIK TARIK PERHATIAN PELAJAR



BUKIT BERUNTUNG, 17 April 2015 – Program Zakat Didik anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) menarik perhatian 460 orang pelajar termasuk guru Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 di sini.

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kewajipan berzakat, diselang-seli dengan acara kuiz, taklimat zakat dan sesi soal jawab.

zakat didik 1

Para pelajar turut ditontonkan dengan tayangan video interaktif dakwah zakat bagi memberi pemahaman berkenaan zakat. Dalam masa yang sama, Kaunter Bergerak LZS dibuka sepanjang program berlangsung bagi memberi peluang kepada guru-guru mahupun ibu bapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan kutipan dan agihan zakat.

Hadir sama Pengurus Operasi Daerah Hulu Selangor, Muhammad Amir Mohd Azam.

zakat didik 2