ZAKAT DI DAPUR DEKATI GOLONGAN WANITA



SERDANG, 18 September 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggunakan pendekatan baru mendekati golongan wanita dengan memperkenalkan program masakan dan pengisian ilmu secara santai dikenali Zakat Di Dapur bertempat di Restoran MAEPS di sini hari ini.

Dengan tema ‘Berkat Dalam Berzat’, LZS mengambil inisiatif berdakwah melalui program masakan kepada golongan sasar. Seramai 100 orang peserta terdiri daripada prospek dan pembayar zakat hadir pada program ini.

Program ini turut mendapat sentuhan chef selebriti, Chef Kamarul yang membuat demonstrasi masakan kepada para peserta yang hadir, di samping seni hiasan kek cawan oleh seorang penerima bantuan modal LZS, Norsyam Khair. Selain itu, pengisian rohani dalam Sembang Santai mengetengahkan topik keberkatan terutamanya membabitkan rezeki dalam kehidupan seharian.

Program Zakat Di Dapur merupakan antara salah aktiviti yang disusun sepanjang kempen Zakat Di Hati yang diadakan bermula September ini. Ia mendapat kerjasama daripada Majalah RASA Karangkraf, Universiti Putra Malaysia (UPM),Nestle, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Faiza Marketing Sdn. Bhd.

Chef Kamarul mempamerkan kepakaran memasak beliau kepada tetamu yang hadir.