ZAKAT BANTU HAMPIR 1,000 ORANG PESAKIT DIALISIS SELANGOR



Shah Alam — Dalam usaha Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu membangunkan asnaf zakat, bantuan turut disalurkan untuk membantu mereka yang menghidapi sakit kronik terutamanya pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis.

Sehinggah kini LZS menyalurkan bantuan rawatan dialisis kepada hampir 1,000 orang di seluruh negeri Selangor.  Mereka ini terdiri daripada orang perseorangan termasuklah sebahagiannya daripada Pusat Dialisis LZS (MAIS). Bantuan yang diterima adalah berbentuk rawatan dialisis yang ditanggung sepenuhnya oleh LZS mengikut kadar yang dikenakan oleh pusat rawatan antara RM2,000-3,000 sebulan.

Pesakit yang menerima bantuan melalui Pusat Dialisis LZS dan Swasta ini hanya perlu menjalani rawatan mengikut jadual yang ditetapkan pusat rawatan, dan pihak LZS akan menyalurkan terus bayaran kos rawatan kepada pusat dialisis tersebut.

Sepanjang tahun lepas LZS telah menyalurkan kira-kira RM24 juta bantuan zakat khusus bagi rawatan dialisis kepada 998 orang pesakit buah pinggang.