WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD TUNAI ZAKAT RM2.2 JUTA



KUALA SELANGOR, 30 Jun 2015 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM2,164,474.00 daripada Worldwide Holdings Berhad (WHB) semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Saujana Utama Baru, Sungai Buloh di sini hari ini.

WHB yang diwakili oleh Pengerusinya, Dato’ Noordin Sulaiman menyerahkan zakat perniagaan tersebut bagi tahun kewangan berakhir 2014.

 

LZS_4792

Sementara itu, pada majlis yang sama, DYMM Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 47 orang asnaf fakir, 295 orang asnaf miskin, 150 orang anak yatim serta 150 orang asnaf mualaf. Kesemua mereka menerima sumbangan RM400 setiap seorang, manakala anak yatim RM100 seorang.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor,  serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Husin Mohd Ali.