WARGA EMAS BAIT AL MAWADDAH DIRAIKAN



SHAH ALAM, 4 Julai – Seramai 20 orang blogger dan media hadir meraikan 31 orang penghuni warga emas Bait Al Mawaddah dalam Majlis Iftar Media dan Blogger Bersama Warga Emas anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini.

Turut bersama meraikan mereka ialah kakitangan Malaysian Franchise Association (MFA). Untuk makluman, tahun ini merupakan tahun pertama buat penghuni-penghuni Bait Al Mawaddah berpuasa dan seterusnya berhari raya di sini.

20150704_162019

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Husin Mohd Ali dalam ucapan aluannya berkata, matlamat utama LZS mengadakan majlis sedemikian adalah untuk berkongsi kegembiraan bersama penghuni pusat jagaan itu dalam menyambut Ramadan dan Syawal.

“Hasrat LZS tidak hanya menjadikan Bait Al Mawaddah sebagai tempat perlindungan semata-mata, tetapi sebagai pusat pembangunan dan pengurusan warga emas dalam kalangan asnaf fakir dan miskin berteraskan Islam yang cemerlang di Malaysia hasil daripada wang zakat.”

Dalam majlis tersebut, MFA telah menyampaikan sumbangan duit raya serta kain kepada warga emas di sini. Sementara itu, tetamu dan blogger yang hadir turut beramah mesra dengan mengadakan aktiviti membuat kuih raya bersama warga emas.

20150704_180550

Hadir sama, Setiausaha Agung MFA, Shukri Salleh dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Norajun Ainun Mohd Hashim.