WAKTU OPERASI LZS DILANJUTKAN



SHAH ALAM, 30 Disember 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melanjutkan waktu operasi perkhidmatan di 24 cawangannya pada 30 dan 31 Disember ini, bagi memudahkan orang ramai yang ingin menunaikan zakat sebelum berakhir tahun 2013.

Waktu perkhidmatan pada 30 Disember bermula pada 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Manakala pada 31 Disember, waktu perkhidmatan dilanjutkan sehingga 8.00 malam.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah khidmat runding cara zakat, taksiran pelbagai jenis zakat harga dan juga bayaran zakat. Selain itu, kemudahan pembayaran menerusi kad kredit dan kad debit turut disediakan.