UNITEN IPTS PERTAMA YANG DILANTIK EJEN KUTIPAN ZAKAT LZS



Tarikh : 2/9/2010
Penulis : editor

BANGI, 2 September 2010 – Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) hari ini dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), sebagai ejen kutipan daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang pertama di Selangor.

UNITEN dalam melaksanakan tanggungjawab mengutip zakat ini, telah menubuhkan Tabung Amanah Zakat UNITEN. Berbeza dengan universiti yang dilantik sebelum ini, skop yang diberi kepada UNITEN lebih luas iaitu boleh mengutip zakat di luar universiti, namun ia hanyalah dikalangan syarikat berkaitan Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti anak syarikat dan vendor.

Sebelum ini, LZS telah melantik empat buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai ejen kutipan zakat, iaitu Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. UNITEN juga akan mengagihkan sebahagian zakat kepada pelajar serta pekerja universiti sesuai dengan persetujuan yang telah ditandatangani di antara LZS dan UNITEN.

Majlis menandatangani perjanjian persetujuan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNITEN, Prof. Dato’ Ir Dr Mashkuri Yaacob, manakala LZS diwakili oleh Ketua Pegawai Ekeskutif, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Hadir sama Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri