TULAR WHATSAPP BANTUAN ZAKAT ASNAF MISKIN & GHARIMIN



SHAH ALAM, 6 November 2017– Lembaga Zakat Selangor menafikan maklumat berkenaan bantuan zakat yang tersebar dan menjadi tular melalui aplikasi WhatsApp bertajuk ‘Bantuan Zakat LZS Bagi Asnaf Miskin & Gahrimin (Hutang)’ sejak kebelakangan ini.
Untuk makluman, Zakat Selangor tidak pernah mengeluarkan kenyataan bagi mewar-warkan berkenaan bantuan tersebut melalui aplikasi WhatsApp,  sebaliknya segala maklumat rasmi hanya dikeluarkan melalui portal rasmi Zakat Selangor di http://www.zakatselangor.com.my/ atau facebook Zakat Selangor https://www.facebook.com/zakatselangor
Sehubungan dengan itu, Zakat Selangor memohon semua pihak agar tidak terus menyebarkan maklumat yang diviralkan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343. 
Sehingga kini, Zakat Selangor telah menyantuni seramai 45,166 keluarga asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor melalui pelbagai jenis bantuan zakat.