TNB SERAH ZAKAT PERNIAGAAN



Shah Alam – Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Selangor hari ini menyerahkan cek zakat perniagaan berdasarkan tahun kewangan berakhir 2006/2007 berjumlah RM875,098.05 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

Cek tersebut diserahkan kepada Pengerusi LZS (MAIS) Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa oleh Pengurus Besar Kanan TNB, Dato’ Amir Nordin Abdul Aziz di sini.

Dalam majlis yang sama juga, LZS (MAIS) menyerahkan bantuan zakat kepada tiga buah institusi dan dua individu. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam dan Surau At-Taufiqiah masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM50,000 bagi tujuan membina dan baik pulih surau. Manakala badan dakwah, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia Cawangan Selangor (WADAH) menerima bantuan RM50,000 bagi aktiviti meningkatkan syiar Islam.

Sementara dua orang pesakit buah pinggang, Mohd Ridzuan Jaluddin dan Mohd Yatim Abd. Hamid masing-masing menerima bantuan bagi menjalani rawatan dialisis sebanyak RM28, 320.

Turut hadir Pengurus Besar LZS (MAIS), Ahmad Shahir Makhtar