TM SELANGOR TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN RM92 RIBU



SHAH ALAM, 23 Januari 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima pembayaran zakat perniagaan Telekom Malaysia Selangor Berhad (TM) berjumlah RM92,032.00 bagi tahun kewangan berakhir 2013.

Eksekutif Dakwah dan Perniagaan, Hamizul Abdul Hamid menerima pembayaran zakat tersebut daripada Ketua Sektor Perniagaan, Bahagian Kerajaan, Mohd Rozaimi Mohd Nor.

Turut hadir sama Pengurus Besar Kutipan, Roszy Non dan Ketua Sumber TM Selangor, Ahmad Jaafar.

Leave a Reply