TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN MELAWAT PAMERAN SULUNG LZS



KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2014 – Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan melawat pameran sulung Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertajuk Az-Zakah: Semangat, Kesedaran dan Kewajipan [Pencapaian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)] bertempat di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini.

Ia merupakan kerjasama dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia bersempena dengan ulang tahun ke-20 penubuhan LZS. Pameran ini berlangsung selama tiga bulan bermula pada 15 Jun hingga 16 September 2014.

Hadir sama dalam lawatan Yang Berhormat Mulia Dato’ Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail.