TAKLIMAT KEMASUKAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA (SAM) PELAJAR FAKIR DAN MISKIN



SHAH ALAM, 3 Feb 2017 – Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan taklimat kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Selangor kepada pelajar asnaf fakir dan miskin di  Dewan Seminar Masjid Negeri Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah baru-baru ini.

Taklimat disampaikan oleh wakil dari JAIS, Ustaz Samuri Zan Sarjimin kepada 44 orang pelajar tingkatan satu yang berjaya memasuki SAM melalui kuota yang diperuntukkan oleh JAIS.

Dalam majlis tersebut, para pelajar telah diberi taklimat berkaitan bantuan zakat, selain menerima surat tawaran kemasukan ke SAM.

Turut hadir, Ketua Jabatan Pendidikan, Divisyen Agihan, Mohd Denyzman Kamaruddin.