SULTAN SELANGOR PERKENAN TERIMA ZAKAT PKPS SERTA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN, MUALAF DAN ANAK YATIM



KUALA SELANGOR– 31 Julai 2012 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaandaripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berjumlah RM200,000 di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Jamiul Ubudiah Sungai Darah dekat sini hari ini.

PKPS diwakili Pengurus Besar Kumpulan, Ali Ahmad menunaikan zakat perniagaannya bagi tahun kewangan 2012.

Sementara itu pada majlis yang sama, Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 41 orang asnaf fakir, 207 orang asnaf miskin, 141 orang anak yatim serta 125 orang asnaf mualaf. Kesemua mereka menerima sumbangan RM400 setiap seorang, manakala anak yatim RM100 seorang.

Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa. Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Marzuki Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Leave a Reply