SULTAN SELANGOR BERKENAN TERIMA BAYARAN ZAKAT RM1 JUTA DAN SERAHKAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN, ANAK YATIM DAN MUALAF SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT



SHAH ALAM, 12 Julai 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada Sime Darby Property Berhad (SDPB) berjumlah RM1 juta di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dekat sini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat berkenaan daripada Pengarah Urusan SDPB yang juga merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sime Darby Berhad, Dato’ Abdul Wahab Maskan, bagi menunaikan zakat untuk tahun kewangan berakhir 2012.

Turut diraikan di majlis berkenaan, ialah 150 orang asnaf fakir, 150 orang asnaf miskin, 100 orang asnaf mualaf dan 141 orang anak yatim yang kesemuanya menerima sumbangan RM400 setiap seorang dan bagi anak-anak yatim pula RM100 seorang.