SUDAH TERBIT: MAJALAH ASNAF TERBAHARU!



‘Peduli Kemiskinan Bandar’ menjadi isu utama dan fokus bagi majalah Asnaf edisi terbaharu Lembaga Zakat Selangor (LZS). Antara tajuk yang dikupas ialah memahami kemiskinan bandar, perubahan dimensi kemiskinan dan juga cabaran menguruskan kemiskinan khususnya di kawasan bandar.

Majalah Asnaf sering dinanti-nanti oleh ramai pihak, justeru ia adalah paparan sebenar bagaimana LZS mengendalikan urusan zakat di Selangor. Antara ruangan yang diminati ramai ialah Rencah Kehidupan, yang pada kali ini memaparkan kejayaan dua orang asnaf zakat mengambil peluang menjana ekonomi keluarga melalui modal perniagaan yang disediakan LZS.

Sesuai dengan aspirasi LZS untuk mentransformasi kehidupan asnaf, pada kali ini LZS turut memaparkan kejayaan lima orang asnaf. Mereka menceburi bidang perniagaan iklan, usahawan perikanan, mengusahakan kebun sayur-sayuran, usahawan air soya dan ternakan itik dan ayam.

Majalah Asnaf turut mewawancara Wardina Safiyyah dalam ruangan Pengalaman, bagi berkongsi pengalaman beliau menjadi pembayar zakat di LZS.

Semua ini dan banyak lagi boleh dicicipi melalui majalah Asnaf terbaharu atau boleh juga dilayari dihttp://www.zakatselangor.com.my/majalah-asnaf/.