SERIMAS TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN RM246 RIBU



SHAH ALAM, 7 Januari 2011 – Serimas Development Sdn Bhd anak syarikat kepada PNB Development Sdn Bhd menyerahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM246,357.05 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di sini hari ini.

Cek diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNB Development Sdn Bhd, Azman Talib kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Bayaran zakat perniagaan ini adalah berdasarkan tahun kewangan berakhir 2010.

Dalam ucapan ringkas Izam berkata, “Beliau amat berterima kasih dengan zakat perniagaan yang ditunaikan dan berharap dengan pembayaran zakat ini akan lebih subur lagi perniagaan mereka dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.”

Turut hadir, Mohd Azman Mohd Shariff, Pengurus Kewangan Kanan PNB Development Sdn Bhd dan Ketua Jabatan Dakwah dan Kutipan LZS, Adibah Abdul Wahab .